Perli menurut Kamus Dewan membawa maksud sindiran, cemuhan atau ejekan… Namun, apa pula tafsirannya oleh diri anda?? Mungkin ada diantara kita memang pantang diperli dan akan terus melenting, mungkin juga ada diantara kita yang tidak mengambil hati dan hanya menganggap itu hanyalah gurauan dari seorang sahabat… Seorang sahabat lama saya telah memberitahu saya bahawa dalam gurauan itu kadang kala ada maksud untuk memerli… Is it right?? Jadi saya telah terfikir mungkin gurauan ini berkait rapat dengan sindiran atau perli dan saya telah membuat 2 perkaitan tentang 2 perkara ini iaitu “gurauan bersifat sindiran” dan “sindiran bersifat gurauan”…
Namun begitu, kedua-dua perkaitan ini mampu menyinggung perasaan sahabat terdekat kita… Berhati-hatilah dengan apa yang kita sampaikan… Saya pasti anda semua pernah dengar frasa “kata-kata itu lebih tajam dari pedang”… Mengertilah kita sebagai sahabat sepatutnya menjaga perasaan sahabat kita sebaiknya… Bagi mereka yang telah tersinggung oleh sindiran anda secara sengaja atau tidak sengaja, mungkin anda dapat melihat perubahan ke atas dirinya seperti cuba menjahui diri anda… Sekiranya situasi ini berlaku, sebaiknya anda mengajak si dia berbincang dan meminta maaf sekiranya anda terbukti telah menghiris perasaan sahabat anda… Janganlah sampai ia menjadi dendam yang menjadi asas kepada perpecahan dalam perhubungan….
Think Before You Speak…
** sangat-sangat mempunyai maksud yang mendalam... THINK B4 U SPEAK!!!
** apa yang aku boleh cakap, persahabatan memang indah kalau kita tahu menjaganya, tetapi akan menjadi sanagt tak bezt bila wujudnya perasaan ingin menguasai antara satu sama lain.. tak perlu benda macam 2 kalau iya pun kita nak dapat perhatian orang, jangan sampai jadikan orang sekeliling rasa tersentap ok... pk2 kan laaa.... yang penting sekali jangan jadi talam bermuka-muka... itu sangat tak bagus... sekarang da macam ni, akan datang lagi la tatau macam mana,,, :)